Gangguan bekalan air di Petaling, Hulu Langat, Sepang pulih - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air di Petaling, Hulu Langat, Sepang pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Bekalan air di semua kawasan yang terjejas di daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang ekoran gangguan bekalan elektrik di rumah pam sekitar Seri Kembangan sejak kelmarin pulih sepenuhnya petang ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan di atas kerjasama dan kesabaran sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan.

“Air Selangor komited dan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan bagi memastikan bekalan air yang berterusan dan mengurangkan impak gangguan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sila layari laman web www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor, yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store untuk maklumat mengenai bekalan air anda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini