FRU tidak dapat bertindak kerana tiada arahan - Saksi - Utusan Malaysia

FRU tidak dapat bertindak kerana tiada arahan – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 20 Mac – Prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim memasuki hari ke-14 hari ini mendedahkan bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras yang berada di lokasi ketika kejadian dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November tahun lalu tidak dapat bertindak berikutan tidak diberikan sebarang arahan lanjut atau perintah gerakan.

Saksi ke-21, Pegawai Penjaga FRU Unit 1A, Shuhaimi Yaakub,39, berkata, pada malam kejadian, beliau bersama dua pasukan FRU menerima arahan untuk pergi ke kawasan kejadian di Subang Jaya untuk bersiap sedia untuk penugasan dengan kelengkapan termasuk kenderaan water cannon, perlindungan badan dan senjata api.

Jelas Shuhaimi, setibanya di lokasi pada 26 November kira-kira pukul 10.30 malam, pasukannya tersangkut pada kesesakan jalan raya dan tidak dapat menghampiri kawasan pada jarak 100 meter berikutan kenderaan awam berhenti selain terdapat sekumpulan orang ramai berhimpun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk mendapatkan nombor telefon pegawai medan iaitu Deputi Superitenden Mohammad Nasir Drahman(saksi pertama). DSP Nasir pada masa itu tidak memberi sebarang arahan dan kemudian 10 minit kemudian Pegawai Pemerintah Unit 1, Supritenden Jefri datang ke kumpulan kedua (4B).

“Saya telah berjumpa dengan Supritenden Jefri dan Asisten Supritenden Firdaus (Pegawai Penjaga Pasukan 4B) untuk berbincang mengenai situasi semasa. Supritenden Jefri telah cuba menghubungi Ketua Polis Daerah Subang Jaya tetapi tidak berjaya sebelum berjaya menghubungi Timbalannya bagi memaklumkan kejadian, namun arahan diterima adalah siap sedia sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya selaku Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini