BERLIN 20 Mac – Pemain tengah Bayern Munich, Corentin Tolisso kembali menyertai kem latihan bersama pasukan selepas pulih daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL), kata juara Jerman itu.
“Berita baik: @CorentinTolisso mengambil bahagian dalam sesi latihan penuh hari ini,” kata Bayern di akaun Twitter.
Juara Dunia 2018 itu mengambil bahagian ketika sesi bersama pasukan sebelum melakukan latihan secara sendirian.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pemain berusia 24 tahun itu menerima kecederaan tersebut ketika dia membantu Bayern menewaskan Bayer Leverkusen 3-1 pada September lalu dan dijangka kembali beraksi pada Mac ini. – AFP











