Polis, bomba makan suap dicekup - Utusan Malaysia

Polis, bomba makan suap dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbuatan jahat sekumpulan 14 individu termasuk ketua sebuah balai polis meminta rasuah kononnya untuk melindungi pusat urut di sekitar Kuala Lumpur mengundang padah apabila kesemuanya diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Tujuh penguat kuasa dan sembilan orang awam berusia antara 29 hingga 54 tahun itu diberkas di di antara pukul 10 pagi hingga­ 5 petang di 16 lokasi di sekitar Lembah Klang hasil risikan SPRM sejak tiga bulan lalu.

Sumber berkata, mereka diberkas selepas dipercayai terlibat melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka yang ditahan terdiri daripada kaki­tangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pegawai bomba serta ke­tua sebuah balai polis di ibu negara,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, premis urut yang memberi wang sogokan itu turut diserbu oleh sepasukan pegawai imigresen dalam satu operasi besar-besaran Sabtu lalu.

“Kumpulan suspek terbabit menerima wang sogokan secara bulanan dengan bayaran minimum RM1,000 setiap bulan.

“Difahamkan pemilik premis itu dipaksa membayar wang sogokan setelah penjawat awam terbabit datang memberi ‘salam perkenalan’ pada peringkat awal,” ujarnya.

Tambahnya, wang tersebut dikatakan sebagai duit ‘perlindungan premis’ malah mereka turut menggunakan orang awam sebagai perantara yang akan datang setiap bulan bagi mengutip wang sogokan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini