Monyet berbadan sasa kelihatan bengis - Utusan Malaysia

Monyet berbadan sasa kelihatan bengis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HELSINKI – Seorang pengunjung telah merakam gambar seekor monyet betina jenis saki bermuka putih yang kelihatan bengis dan berbadan sasa di Zoo Korkeasaari dekat sini baru-baru ini.

Santeri Oksanen, 34, tertarik melihat monyet itu atau nama saintifiknya, Pithecia pithecia yang kelihatan bengis ketika melindungi kawasannya dalam sebuah sangkar besar di zoo tersebut.

“Saya sungguh terkejut melihat betapa besar otot pada badan monyet itu. Monyet-monyet lain dalam sangkar itu kelihatan kerdil malah seperti takut dengannya. Dalam gambar itu, monyet tersebut kelihatan seperti mahu menyertai pertandingan bina badan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Spesies liar monyet itu berasal dari Amerika Selatan dan hidup hampir sepenuhnya di atas pokok dan jarang turun ke tanah menyebabkan badannya membentuk ketulan otot besar bagi memudahkan pergerakan ataupun bergayut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini