Britain pulangkan ukiran batu berusia 3,000 tahun kepada Iraq - Utusan Malaysia

Britain pulangkan ukiran batu berusia 3,000 tahun kepada Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Mac – Sebuah ukiran batu berusia 3,000 tahun dari Babylonia akan dihantar ke Iraq selepas khazanah berkenaan dicuri ketika Perang Iraq.

Ketua Muzium Britain, Hartwig Fischer menyerahkan khazanah terbabit kepada Duta Iraq, Salih Husain Ali dalam satu majlis hari ini.

“Ia merupakan khazanah yang penting kepada warisan budaya Iraq,” kata Fischer sambil memuji usaha pegawai sempadan negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak berkuasa mengenal pasti batu tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 2012 dan kemudiannya menghubungi muzium.

“Mereka merampas batu tersebut dan selepas beberapa tahun, selepas banyak usaha melibatkan undang-undang dijalankan, kita berjaya memindahkan batu itu.

“Ia merupakan peristiwa paling penting dan bersejarah,” kata Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan, Michael Ellis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini