Pencemaran: Tiada kes baharu dirujuk ke hospital - Utusan Malaysia

Pencemaran: Tiada kes baharu dirujuk ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tiada kes baharu yang dirujuk ke hospital berikutan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr. Sahruddin Jamal.

“Jumlah pesakit yang telah dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) seramai tujuh orang.

“Hanya tinggal seorang pesakit yang masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding dua pesakit sebelum ini dan dalam keadaan stabil,” kata beliau dalam kenyataan, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sahruddin berkata, sejak 17 Mac hingga pukul 12 tengah hari tadi, 44 pesakit masih dirawat di hospital.

Secara keseluruhan, kualiti udara di persekitaran Sungai Kim Kim kini stabil namun pemantauan akan tetap diteruskan sehingga 2 April nanti dan data akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini