Operasi feri Dragon Star dibatalkan - Utusan Malaysia

Operasi feri Dragon Star dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jabatan Laut Malaysia (JLM) membatalkan semua operasi feri penumpang milik syarikat Dragon Star Shipping Sdn. Bhd. bagi laluan Pulau Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis berkuat kuasa semalam.

Syarikat feri tersebut merupakan pengendali feri penumpang Dragon Star 1 yang terbakar di perairan Langkawi berhampiran Selat Kuah, Langkawi dekat sini pada 25 Februari lalu.

JLM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, susulan pembatalan itu, syarikat dilarang menjalankan sebarang operasi feri penumpang di tiga terminal feri bagi laluan berkenaan.

“Tiga terminal yang terlibat adalah Terminal Penumpang Kuah, Langkawi; Terminal Penumpang Kuala Kedah di sini dan Terminal Penumpang Kuala Perlis, Perlis,” katanya.

Kata kenyataan itu lagi, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada semakan terhadap rekod perkhidmatan syarikat serta tahap pengurusan keselamatan feri yang tidak memuaskan.

“Keadaan itu menimbulkan risiko keselamatan kepada penumpang feri,” tambahnya.

Kosmo! pada 26 Februari lalu melaporkan seramai 52 penumpang dan enam kru feri bagi perjalanan Langkawi-Kuala Perlis berdepan detik cemas apabila pengangkutan air itu terbakar di perairan Langkawi berhampiran Selat Kuah di pulau peranginan tersebut kira-kira pukul 2.45 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×