BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 20 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 20 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG kagum dengan pendirian dan semangat Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang begitu terserlah sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat tanpa membezakan soal agama, bangsa serta negara.

Dalam kenyataan berulang kalinya, pemimpin muda berusia 38 tahun itu menegaskan, tiada tempat untuk golongan pengganas di New Zealand.

Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertanya jika ada apa-apa bantuan yang boleh AS salurkan kepada New Zealand selepas insiden pembunuhan 50 orang Islam di Christchurch.

Memuatkan artikel berkaitan…

Secara ringkas Ardern menjawab ‘tunjukkan simpati serta kasih sayang terhadap semua komuniti Islam’.Semalam, Ardern sekali lagi menggamit perhatian dunia Islam apabila berikrar tidak akan menyebut nama penembak dua masjid Jumaat.

Malah dengan bersahaja membuka sidang Parlimen dengan ucapan Assalamualaikum, sebagai mesej keamanan buat umat Islam.

Ungkapannya begitu menyentuh hati: “Saya rayu kepada anda, sebutlah nama mereka yang gugur berbanding nama lelaki yang mengambil nyawa mereka”.

Setidak-tidaknya bagi Awang, New Zealand telah menjawab persoalan kepada apa yang kononnya diuar-uarkan sebagai ‘kempen ketuanan kulit putih’ yang dicanangkan oleh sebilangan ahli politik Barat – menolak imigran dan berkongsi ancaman ganas melalui internet.

AWANG – Tersentuh lihat imej berselendang Ardern.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini