Prachachart perjuang kepentingan rakyat Thai - Utusan Malaysia

Prachachart perjuang kepentingan rakyat Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT 19 Mac – Parti Prachachart memberi jaminan untuk terus memperjuangkan kepentingan semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama di Thailand.

Ketua Parti Prachachart, Wan Muhammad Nor Matha berkata, parti yang lebih dikenali sebagai parti ummah itu mahu rakyat Thailand hidup aman dan harmoni.

“Parti Prachachart adalah parti untuk semua. Ia bukan parti hanya memperjuangkan orang Melayu Islam. Kami (Parti Prachachart) mempunyai calon Perdana Menteri yang beragama Islam, Buddha dan Kristian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat pelbagai etnik dan agama di negara ini harus hidup bersatu padu dan harmoni dalam kepelbagaian budaya, bangsa dan agama. Parti Prachachart akan terus perjuangkan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri ceramah terakhir Parti Prachachart di Daerah Sungai Golok, Narathiwat semalam yang dihadiri ribuan penyokong.

Parti Prachachart yang ditubuhkan pada Mac tahun lepas tidak asing dalam kalangan penduduk di wilayah selatan Thailand.

Ketuanya, Wan Muhammad Nor, 74, merupakan ahli politik veteran yang pernah menang pilihan raya sembilan penggal atas tiket pelbagai parti politik termasuk Parti Demokrat, Parti Thai Raktai dan Parti Harapan Baru.

Calon Perdana Menteri dalam pilihan raya umum kali ini telah menceburi dalam politik sejak tahun 1982 dan pernah menyandang jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri di tiga kementerian berbeza.

Salah satu dasar utama parti itu adalah untuk menyelesaikan krisis pemberontakan yang melanda wilayah selatan dengan memberi lebih banyak kuasa kepada pihak berkuasa tempatan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini