Memorandum IPCMC diserahkan kepada kerajaan dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Memorandum IPCMC diserahkan kepada kerajaan dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Memorandum berhubung Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dibincangkan dalam Persidangan Agung Tergempar Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) akan diserahkan dalam masa terdekat kepada pihak kerajaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, persidangan tergempar yang bermula semalam itu diadakan selepas menerima banyak permohonan untuk mengadakan mesyuarat tersebut.

“Persidangan ini memberi ruang kepada wakil persatuan tersebut untuk menyuarakan pendapat dan membahas isu penting.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memorandum berkenaan telah diserahkan kepada pihak pengurusan tertinggi dan kami akan menelitinya sebelum diserahkan kepada pihak kerajaan. Jika perlu, kita akan aturkan pertemuan wakil persatuan dengan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup persidangan tersebut di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju supaya Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan (EAIC) dikuat kuasakan dan dikenali sebagai IPCMC.

Suruhanjaya itu akan bertindak sebagai badan pemantau bebas kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia berikutan banyak aduan berkaitan mereka diterima. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini