Pemimpin Rakhine dipenjara 20 tahun - Utusan Malaysia

Pemimpin Rakhine dipenjara 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SITTWE 19 Mac – Mahkamah Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun ke atas pemimpin etnik Rakhine terkemuka atas tuduhan khianat dan fitnah.

Tertuduh, Aye Maung, yang merupakan bekas pengerusi Parti Arakan Nasional – didapati bersalah kerana memberi ucapan berbaur hasutan pada Januari tahun lalu.

Pada ucapan itu, beliau menuduh kerajaan Myanmar melayan etnik Rakhine sebagai ‘hamba’ dan berkata ia adalah ‘masa yang tepat’ untuk mereka melancarkan serangan bersenjata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keesokan harinya, penunjuk perasaan Rakhine merampas bangunan kerajaan dan polis terpaksa melepaskan tembakan, mengakibatkan tujuh terkorban.

Aye Maung dan seorang penulis, Wai Hin Aung ditahan beberapa hari kemudian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini