[VIDEO] Pelajar Malaysia baca al-Quran depan ratusan penduduk New Zealand - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pelajar Malaysia baca al-Quran depan ratusan penduduk New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Walaupun insiden tembakan rambang yang mengorbankan 50 nyawa telah berlaku lima hari lalu namun sehingga kini masyarakat dunia masih berdukacita dengan kejadian tersebut.

Seorang pengguna laman Facebook yang menggunakan nama Mohd. Shahrizan berkongsi sebuah video yang memaparkan ratusan masyarakat pelbagai kaum hadir untuk memberikan penghormatan terhadap mangsa serangan.

“Suasana di Christchurch, New Zealand hari ini sayu dengan kehadiran orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa serangan pengganas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tambah memilukan apabila segenap penduduk tanpa mengira agama dan bangsa turut hadir ke upacara tersebut,” tulisnya.

Menerusi video yang berdurasi selama satu minit 28 saat itu salah seorang pelajar Malaysia dipercayai berasal daripada Pasir Mas Salor, Kelantan yang menuntut di University of Christchurch, New Zealand membacakan ayat al-Quran di hadapan ratusan masyarakat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini