Rasai pengalaman ‘Nickelodean Slime Time’ di pusat beli-belah Sunway - Utusan Malaysia

Rasai pengalaman ‘Nickelodean Slime Time’ di pusat beli-belah Sunway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Orang ramai berpeluang merasai pengalaman menarik dengan menyertai acara ‘Nickelodean Slime Time’ yang akan diadakan di tiga buah pusat beli-belah milik Sunway Group Berhad (Sunway).

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-belah dan Taman Tema Sunway. H. C Chan berkata, sebagai permulaan acara tersebut diadakan di Sunway Pyramid pada 15 hingga 31 Mac manakala 20 September hingga 6 Oktober pula ‘Nickelodean Slime Time’ akan memeriahkan Sunway Putra Mall dan di Sunway Velocity Mall pada 9 hingga 18 Ogos ini.

“Kami berasa sangat teruja memandangkan acara ini adalah yang pertama di Malaysia dan akan menjadi daya tarikan seisi keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Acara tersebut diadakan pada setiap hujung minggu dan orang ramai yang ini mencuba pengalaman itu perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini