Bekalan elektrik pulih sepenuhnya 2 petang ini - Utusan Malaysia

Bekalan elektrik pulih sepenuhnya 2 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Gangguan bekalan elektrik di sekitar Seri Kembangan dan Equine Park dijangka pulih sepenuhnya menjelang pukul 2 petang ini.

Pengurus Besar Kanan Distribution Network, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, sebanyak 131 set janakuasa bergerak digunakan bagi mengembalikan bekalan terjejas bermula pukul 6 petang semalam dan 39 lagi dijangka tiba untuk pulih sepenuhnya.

“Gangguan bekalan elektrik itu disebabkan berlakunya kerosakan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Serdang Raya pada pukul 3.56 petang semalam. Oleh itu, pihak kami memohon maaf kepada semua pengguna yang terkesan ekoran masalah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pengguna yang terlibat, kami menasihatkan mereka mendapatkan maklumat terkini di Facebook TNB Careline atau menghubungi talian TNB CareLine 15454,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini