Pencemaran Sungai Kim Kim: Beberapa suspek ada rekod jenayah - Utusan Malaysia

Pencemaran Sungai Kim Kim: Beberapa suspek ada rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Beberapa suspek yang direman semalam hingga 23 Mac ini berhubung pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor didapati mempunyai rekod jenayah.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimanapun siasatan difokuskan kepada jenayah alam sekitar.


Menurutnya, hasil siasatan mendapati sebahagian daripada suspek yang bekerja dengan syarikat-syarikat tertentu itu mempunyai rekod jenayah lampau.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Semuanya masih di peringkat siasatan, apa yang penting siasatan dilakukan kerana mereka terlibat dengan jenayah alam sekitar.


“Tindakan susulan akan diambil jika perlu tetapi buat masa ini, siasatan sedang giat dijalankan dan kita yakin akan selesai secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Koperasi Polis Diraja Malaysia (KDRM) serta dua entiti. 

Entiti itu melibatkan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) dan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM).


Sementara itu, ketika ditanya sama ada kesemua yang ditahan mempunyai kaitan dengan dalang utama pencemaran tersebut, Mohamad Fuzi menjelaskan perkara itu terlalu awal untuk diperincikan.


“Kita tidak menolak kemungkinan ada tangkapan lain melibatkan kes ini tetapi buat masa ini, biarlah siasatan dijalankan sehingga reman mereka selesai 23 Mac ini,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini