Bayern mahu beli Rodriguez? - Utusan Malaysia

Bayern mahu beli Rodriguez?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 19 Mac – James Rodriguez berkata dia gembira beraksi bersama Bayern Munich selepas mempamerkan persembahan memukau pada minggu lalu dan pemain secara pinjaman itu tertanya-tanya mengenai masa depannya bersama kelab gergasi Jerman tersebut.

Pemain tengah, Rodriguez menjaring hatrik ketika membantu Bayern membelasah Mainz pada Ahad lalu sekali gus menimbulkan spekulasi sama ada juara Jermain itu akan membuat pilihan untuk membelinya dari Real Madrid dengan harga 42 juta euro (RM194 juta) sebaik sahaja tempoh pinjaman tamat pada musim panas ini.

“Tiada sesiapa boleh meramalkan masa depan. Kami akan tunggu dan lihat namun saya berasa selesa di sini dan gembira,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain berusia 28 tahun itu membuat keputusan untuk berpindah ke Bayern dua tahun lalu selepas kecewa dengan minit permainannya yang sedikit ketika Zinedine Zidane menjadi jurulatih Madrid buat kali pertama namun Rodriguez menegaskan dia tidak mempunyai masalah dengan bekas pemain Perancis itu dan bersedia untuk kembali ke pangkuan majikannya.

Rodriguez turut mengakui dia mempunyai hubungan yang baik bersama jurualtih Bayern, Niko Kovac.

“Secara peribadi, dia seorang yang baik. Saya fikir kami akan menang kejohanan dengan dia sebagai jurulatih,” katanya lagi.

Bagaimanapun, hubungan mereka tidak sentiasa baik kerana awal musim lalu, media Jerman melaporkan Rodriguez secara terbuka mengkritik Kovac.

Bagaimanapun selepas menghasilkan empat gol dan melakukan dua gerakan gol dalam empat aksi terakhirnya, pemain Colombia itu menceriakan Kovac.

Dalam pada itu, Presiden Bayern, Uli Hoeness mencadangkan kepada Kovac untuk membuat keputusan muktamad sama ada mahu mendapatkan Rodriguez secara tetap atau sebaliknya.

“Kami akan mempertimbangkan dan membuat keputusan. Dia seorang yang bagus dan jurualtih sudah memberitahu kami apa yang dia mahu lakukan,” kata Hoeness. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini