PPM rampas arak RM420,400 - Utusan Malaysia

PPM rampas arak RM420,400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya memberkas seorang suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan penyeludupan arak bernilai RM420,400 dalam satu operasi di Taman Pulai Bayu, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, suspek warga tempatan itu berusia 36 tahun dan ditahan pada pukul 9.25 pagi.

“Pemantauan dibuat selama dua jam sebelum suspek dilihat bergerak hendak memasuki sebuah pacuan empat roda yang diletakkan di kawasan lapang taman berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan dibuat mendapati terdapat sejumlah 120 kotak mengandungi 1,440 botol arak bernilai RM420,400 di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu pejabat PPM Wilayah Dua, di sini sebentar tadi.

Suspek kini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini