Unimap sedia makanan percuma - Utusan Malaysia

Unimap sedia makanan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 18 Mac – Dalam usaha meringankan beban pelajar kurang berkemampuan, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mengambil inisiatif menyediakan makanan percuma kepada mereka sepanjang minggu peperiksaan yang bermula 27 Mei sehingga 21 Jun ini.

Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, inisiatif itu diper­kenalkan bermula semester ini dengan membabitkan 550 pelajar iaitu mereka akan diberikan kupon makanan bernilai RM5 setiap seorang.

Beliau berkata, usaha itu bagi memastikan para pelajar mendapatkan makanan mencukupi sete­rus­nya memberi ke­selesa­an mengulang ka­li pelajaran dan men­duduki pe­pe­riksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan maklumat yang di­terima, ada dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan asnaf sanggup berkorban dengan menggunakan wang pinjaman atau zakat yang diperoleh untuk dikirimkan kepada keluarga di kampung sebagai perbelanjaan seharian.

“Kebiasaannya, musim pepe­riksaan adalah pada penghujung semester dan ketika itu sebahagian besar pelajar ini sudah kekurangan wang, justeru inisia­tif yang diambil ini diharap dapat membantu para pelajar B40 dan asnaf ini untuk kekal bertenaga menghadapi peperiksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai nasib sesetengah pelajar Universiti Malaya (UM) yang terpaksa mengikat perut dan hanya makan sekali sehari selain ada di antara mereka perlu menahan lapar aki­bat kekangan kewangan.

Pelajar-pelajar daripada ke­luarga B40 itu dilaporkan terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini