Ronaldo kembali ke Madrid, buka kedai rambut - Utusan Malaysia

Ronaldo kembali ke Madrid, buka kedai rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 18 Mac – Cristiano Ronaldo kembali ke Madrid, hari ini, untuk membuka pusat rawatan pemindahan rambut di ibu negara Sepanyol itu.

Pusat tersebut milik Insparya Group, diasaskan bersama Ronaldo, sementara teman wanitanya, Georgina Rodriguez bakal menjadi salah seorang pengurus.

Ronaldo, yang meninggalkan Real Madrid, musim panas lalu, untuk menyertai kelab gergasi Itali, Juventus, dilihat dalam perjalanan menuju ke majlis perasmian klinik tersebut bersama pasangannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perniagaan terkini melibatkan pemain antarabangsa Portugal itu memiliki 150 kakitangan profesional, dengan sebanyak 18 bilik rawatan pemindahan rambut disediakan di klinik tersebut.

Penyerang Juventus itu dilaporkan melakukan pelaburan sebanyak 1 juta euro (RM4.62 juta) bagi menjayakan perniagaannya itu, dan Ronaldo memiliki cita-cita besar menambah 25 juta euro (RM115 juta) lagi untuk tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

“Disebabkan bola sepak, saya semakin berminat tentang kesihatan, teknologi dan penyelidikan, terdapat beberapa bidang tertentu yang saya berminat untuk melabur,” kata Ronaldo, bulan lalu.

Harga bagi mendapatkan rawatan pemindahan rambut di klinik enam tingkat milik Ronaldo itu bermula dengan harga 4,000 euro (RM18,509). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini