Pilihan raya Thailand: Hampir 87% keluar undi awal - Utusan Malaysia

Pilihan raya Thailand: Hampir 87% keluar undi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 18 Mac – Sebanyak 86.98 peratus daripada jumlah keseluruhan 2.6 juta pengundi awal yang berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka menjelang pilihan raya umum Thailand, Ahad ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, Itthiporn Boonprakong berkata, kesemua 380 buah pusat mengundi di seluruh negara merekodkan kehadiran lebih 90 peratus bilangan pengundi semalam.

Beliau berkata, isu dan aduan termasuk pegawai pilihan raya memberikan kertas undi yang salah, tiada maklumat calon dalam kertas undi serta menggunakan kad pengenalan orang lain akan ditangani sebelum hari pengundian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suruhanjaya Pilihan Raya akan memastikan proses pengundian berjalan lancar, Ahad ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pengundi awal yang gagal mengundi semalam tidak layak untuk mengundi pada hari pilihan raya itu.

Lebih 51 juta pengundi berdaftar berusia 18 tahun ke atas layak mengundi pada pilihan raya itu yang pertama kali diadakan selepas rampasan kuasa tentera pada 2014. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini