Dakwa Joker ganas, minta dihenti tayang - Utusan Malaysia

Dakwa Joker ganas, minta dihenti tayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Okt. – Filem Joker terus mencetuskan kontroversi pada minggu pembukaannya apabila beberapa peminat keluar dari panggung wayang di seluruh dunia selepas mendakwa filem terbabit terlalu menganggu dan ‘mencetuskan’ rasa kurang selesa.

Mail Online melaporkan, filem terbitan Village Roadshow Pictures dan DC Films itu berjaya memecah rekod kutipan jualan tiket pada bulan ini sebanyak AS$39.9 juta (RM167 juta).

Bagaimanapun, tidak semua orang seronok menonton filem yang menampilkan Joaquin Phoenix membawakan watak sebagai Arthur Fleck itu, seorang badut yang kemudiannya berubah menjadi musuh kepada Batman paling ikonik.

“Baru sahaja keluar dari tayangan Joker. Sangat menakutkan untuk berada di dalam panggung wayang dan menonton filem yang memaparkan keganasan bersenjata serta isu kesihatan mental,” kata salah seorang pengguna Twitter.

Namun sehingga kini, pihak berkuasa masih belum menerima sebarang laporan berbentuk keganasan sewaktu tayangan filem berkenaan.

Di Huntington Beach, California, sebuah panggung wayang terpaksa membatalkan dua sesi tayangan Joker pada Khamis lalu selepas menerima ancaman.

Sementara itu, di New York City, polis menerima laporan seorang penonton mencetuskan ketakutan dengan meludah dan bertepuk tangan setiap kali watak Joker membunuh seseorang.

Bimbang lelaki itu mempunyai niat kurang baik, polis mengarahkan dia keluar dari panggung wayang.

Bagaimanapun, bagi Phoenix dan pengarah, Todd Phillips tampil mempertahankan filem tersebut dengan pelakon terbabit menyatakan dia percaya penonton tahu membezakan antara perkara benar dan tidak benar.

Phillips baru-baru ini mendedahkan terkejut dengan kritikan diterima oleh filem Joker kerana dia mengambil langkah untuk menerapkan implikasi tentang keganasan yang jarang ditemukan dalam filem kartun dan rancangan televisyen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×