Robot lenyapkan 200,000 pekerjaan - Utusan Malaysia

Robot lenyapkan 200,000 pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 2 Okt. – Kecekapan teknologi akan menyebabkan pengurangan besar sehingga 200,000 pekerja di seluruh industri perbankan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Wells Fargo & Co. memetik laporan Bloomberg, firma kewangan di negara itu membelanjakan AS$150 bilion (RM629 bilion) dalam teknologi, lebih banyak berbanding industri lain.

Penganalisis Wells Fargo Securities LLC, Mike Mayo berkata, teknologi akan membawa kepada kos yang lebih rendah dengan pampasan pekerja separuh daripada semua perbelanjaan bank.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pekerja pejabat, cawangan bank, pusat panggilan dan korporat dipotong hingga satu pertiga, dengan pekerjaan berkaitan teknologi, jualan, memberi nasihat dan perun­dingan kurang terjejas,” katanya dalam satu kaji selidik di sini.

Sementara itu, rakan kerjasama Deloitte, Michael Tang berkata, ia akan menjadi satu perubahan dramatik di pusat panggilan dari segi dalam dan luar operasi pusat itu.

“Kami sudah dapat melihat tanda-tanda dengan chatbots dan sesetengah orang tidak tahu bahawa mereka berbual dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) kerana mereka hanya menjawab soalan,” katanya.

Wells Fargo Mayo menyertai eksekutif bank, firma penasihat dan pihak lain meramalkan pemotongan besar tenaga kerja perbankan di tengah-tengah ke arah automasi.

Pada Mei lalu, McKinsey & Co. menjangkakan jumlah pekerja pejabat bahagian hadapan yang dilihat sebagai antara aset yang paling berharga syarikat kewangan akan berkurangan singgah hampir satu pertiga dengan penggunaan robot.

Jumlah pekerja pejabat bahagian hadapan bagi syarikat pelaburan dan dagangan jatuh buat lima tahun berturut pada 2018 dan peniaga tidak lama lagi memerlukan kemahiran ‘coding’ untuk berjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×