Gangguan bekalan air di Seremban, Tampin - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air di Seremban, Tampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Beberapa kawasan di sekitar Seremban dan Tampin dijangka mengalami gangguan bekalan air pada 8 Oktober depan disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan di dua loji rawatan air (LRA) di daerah terbabit.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS), Norzita Ismail berkata, gangguan bekalan air itu dijangka bermula pada pukul 8 pagi pada 8 Oktober sehingga pukul 8 pagi keesokannya.

“Kerja penyelenggaraan di LRA Ngoi-Ngoi, dekat Pantai di Seremban akan menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan antaranya Mantin, Nilai, Lenggeng, Broga Pajam, Citra Hill Fasa 1 dan 2 dan Sendayan.

“Bagi penyelenggaraan di LRA Gemas Baru dekat Tampin, antara kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah Kem Tentera Syed Sirajuddin, Air Kuning dan beberapa kawasan di Gemas,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Norzita berkata, SAINS bagaimanapun mengambil langkah kontigensi menghantar lori tangki di kawasan terjejas dan menempatkan tangki statik sekiranya gangguan bekalan air di kawasan terlibat melebihi tempoh 24 jam.

Jelas beliau, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat, namun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.

Tambah beliau, penyelenggaraan itu antara usaha berterusan SAINS bagi menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×