Polis Kuala Lumpur komited banteras penyalahgunaan dadah - Utusan Malaysia

Polis Kuala Lumpur komited banteras penyalahgunaan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur komited dalam menangani masalah sosial termasuk membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara.

Bermula awal tahun ini sehingga semalam, Jabatan Siasatan Jenayah telah menjalankan sebanyak 942 serbuan dan 4,703 pemeriksaan ke atas individu di pusat hiburan dan rumah urut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jumlah tangkapan membabitkan warga tempatan adalah seramai 814 orang dengan pecahan seramai 505 lelaki dan 309 wanita.

“Tangkapan warga asing pula adalah seramai 2,175 orang dengan pecahan seramai 373 lelaki dan 1,802 wanita membabitkan warga Vietnam (523 orang), Thailand (496 orang), China (277 orang), Indonesia (314 orang) dan Bangladesh (211 orang).

“Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 215 pusat hiburan telah diambil tindakan dan dikenakan saman mengikut Seksyen 4(1) (b) Hiburan DBKL kerana tidak mempunyai lesen serta melanggar syarat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya juga mengesan trend remaja yang kini berhibur di ‘private party’ di kondominium mewah bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Sebanyak 21 serbuan telah dibuat dimana seramai 318 individu telah ditahan, 229 didapati positif dadah dan 39 tangkapan membabitkan remaja bawah umur.

“Hasil operasi yang telah dijalankan, sebanyak enam buah kelab malam di sekitar Kuala Lumpur telah dibatalkan lesen dan 15 buah pusat hiburan telah ditutup,” jelasnya. 

Tambahnya, polis juga memberikan amaran kepada pemilik kondominium supaya tidak bersekongkol dalam penganjuran ‘private party’ dan tindakan tegas akan diambil ke sekiranya mereka didapati bersalah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menyalurkannya menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×