Jerebu: 19 penerbangan di LTAPP terjejas - Utusan Malaysia

Jerebu: 19 penerbangan di LTAPP terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Sebanyak 19 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas di sini terjejas hari ini dalam tempoh setakat pukul 5 petang tadi akibat jerebu.

Menurut Pengurus Senior LTAPP, Mohd. Nadzim Hashim, ia melibatkan lapan kelewatan pelepasan penerbangan, dua kembali ke pangkalan atau RTB, lima kelewataan ketibaan dan lencongan serta empat dibatalkan.

“Antara kelewatan pelepasan adalah satu penerbangan menuju Singapura, Medan (dua), Kuala Lumpur (dua), Subang (satu), Hong Kong (satu) dan Bangkok (satu) selain dua RTB iaitu penerbangan dari Medan dan Kuala Lumpur.

“Penerbangan lencongan membabitkan satu dari Singapura dilencongkan ke Medan, satu dari Taipei dilencongkan ke Langkawi serta masing-masing satu dari Bangkok, Hong Kong dan Taipei dilencongkan ke Kuala Lumpur.

“Empat penerbangan yang dibatalkan adalah masing-masing dua dari Singapura dan Taipei serta menuju Singapura dan Taipei,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penerbangan tersebut terjejas ekoran jarak ketampakan yang rendah akibat jerebu di kawasan LTAPP.

Menurutnya, jarak ketampakan dicatatkan dari menara tinjau adalah 1.6 kilometer (km) dan 2km di atas landasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×