MADRID 17 Sept. – Bintang dalam pembikinan Joao Felix bakal mengepalai misi Atletico Madrid untuk membalas dendam terhadap Juventus dan musuh lamanya, Cristiano Ronaldo apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara, Khamis ini (pukul 3 pagi waktu Malaysia).
Felix, yang dianggap sebagai jelmaan Ronaldo dan akan membuat kemunculan sulung di pentas Eropah apabila dua pemain Portugal itu bertemu di Wanda Metropolitano dengan, dengan wakil kelab La Liga itu akan bertemu pemenang lima kali Ballon d’Or.
Juventus menyingkirkan Atletico dalam kejohanan berprestij itu selepas Ronaldo meledak hatrik untuk bangkit daripada ketinggalan 0-2 pada aksi pertama, sekali gus membolehkan juara Itali itu mara ke peringkat suku akhir.
Bekas pengurus Real Madrid, Jose Mourinho yakin Atletico sangat bergantung kepada pemain luar biasa itu yang merupakan jentera termahal kelab bernilai 126 juta euro (RM580 juta).
“Saya rasa Joao boleh diharap. Dia mempunyai personaliti yang baik. Dia dalam kumpulan yang bagus, dikelilingi oleh pemain berpengalaman, dengan pengurusnya juga tahu apa yang budak itu mahukan.
“Atlettico sebenarnya adalah tempat yang bagus untuk perkembangannya,” jelas Mourinho yang melontarkan pandangan peribadinya terhadap Felix.- AFP











