298 sekolah ditutup di Sarawak hari ini - Utusan Malaysia

298 sekolah ditutup di Sarawak hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Sept. – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, setakat pukul 11 malam tadi, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menerima laporan sebanyak 298 sekolah ditutup pada hari ini, terdiri daripada 53 sekolah menengah dan 245 sekolah rendah di lapan buah Pejabat Pendidikan Daerah.

Senarai sekolah ditutup di Sarawak hari ini disebabkan jerebu.

Jelas PKM melalui kenyataan di Twitter, jumlah pelajar terlibat ialah seramai 128,291 orang.

“Sebarang perubahan atau maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

” Pihak sekolah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa, ” jelas kenyataan itu pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×