BUKANLAH seluruh hari Jumaat itu haram untuk makan atau mengadakan berjual beli. Tetapi yang haram ialah ketika masuknya waktu solat Jumaat yang biasa difahami ketika berkumandang azan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Jumuah :9 bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah urusan jual beli.”
Dapat difahami bahawa jual beli dan segala macam aktiviti boleh berjalan seperti biasa sehinggalah diseru untuk solat Jumaat.
Berita berkaitan:
Justeru, tiada masalah untuk makan dan sebagainya sebelum azan berkumandang.
Tetapi, apa yang menyedihkan ramai yang tetap meneruskan aktiviti berjual beli bukan hanya ketika azan kedua berkumandang, bahkan juga semasa khutbah Jumaat dibaca.
Tambahan pula, pada hari itu tersedia bermacam gerai menyediakan menu yang sentiasa menggamit para pembelinya.
(SUMBER Buku: Ensiklopedia Soal Jawab Agama)











