Gelombang haba Jepun, 2 maut - Utusan Malaysia

Gelombang haba Jepun, 2 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 11 Sept. – Gelombang haba mengakibatkan dua orang terbunuh di Jepun ketika hampir setengah juta kediaman masih terputus bekalan elektrik selepas Taufan Faxai membadai Tokyo, kelmarin.

Jurucakap kerajaan wilayah Chiba berkata, seorang wanita berusia 93 tahun dan seorang lelaki berusia 65 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di rumah masing-masing, semalam sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor.

“Sekurang-kurangnya 48 penduduk dikejarkan ke hospital selepas mendapat simptom gelombang haba, semalam,” katanya.

Menurut Tokyo Electric Co. dalam satu kenyataan, sebanyak 456,000 rumah masih terputus bekalan elektrik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×