KUALA LUMPUR 30 Ogos – Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, ditolak naik oleh keuntungan semalaman di Wall Street.
Pada 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 8.84 mata kepada 1,604.02 selepas dibuka 7.06 mata lebih tinggi pada 1,602.24 berbanding 1,595.18 pada penutupan semalam.
Seorang peniaga berkata, pasaran saham AS meneruskan peningkatan apabila Dow, S (amp) P 500 dan Nasdaq masing-masing meningkat 1.3 peratus, 1.3 peratus dan 1.5 peratus susulan keyakinan yang semakin meningkat selepas pihak berkuasa China tidak bertindak balas terhadap pusingan tarif terkini.
Berita berkaitan:
“Oleh itu, kita dapat melihat lebih banyak peningkatan, sebahagian besarnya didorong oleh sejauh mana sentimen akan meningkat dalam jangka masa terdekat, terutama perkembangan berkaitan pertikaian perdagangan AS-China,” katanya.
Beliau berkata dengan indeks melepasi paras 1,600 mata, rintangan ditetapkan pada tahap 1,610, sementara sokongan berada pada tahap 1,580-1,590.
Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 230 berbanding 103, dengan 211 kaunter tidak berubah, 1,443 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 272.56 juta unit bernilai RM134.05 juta tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung. – BERNAMA











