Jenama busana muslimah, Ratu Ain dijangka melonjak berikutan keberanian pengasasnya menampilkan potongan unik dan sedikit berbeza dalam segmen pakaian muslimah dalam pasaran tempatan.
Belumpun menginjak setahun usianya, koleksi tudung dan seledangnya yang diasaskan secara atas talian itu, berjaya mengumpul peminat yang menggemari cetusan idea ditonjolkan.
Pengasasnya, Yuziani Mohd Zawizah, 33 berkata memulakan jenama sekadar ‘main-main’ lantaran dirinya memang gemar bereksperimen dengan gaya. Namun tidak menyangka idea dijelmakan dalam Ratu Ain ‘menjadi’.
“Saya suka mengambil gambar Outfit Of The Day (OOTD). Apabila ramai rakan suka, saya yakin untuk mencuba perniagaan berasaskan pakaian muslimah ini,” katanya ketika di temui baru-baru ini.
REKA SENDIRI
Wanita berusia 33 tahun ini, memilih pendekatan berbeza dengan mereka sendiri corak tudung lalu digandingkan dengan rona bersesuaian.
Katanya, sunggupun perniagaan itu diusahakan secara ‘main-main’ pada peringkat awalnya, tetapi beliau tidak pernah mempersiakan-sia modal dan penat lelah diperuntukkan dalam perniagaan itu.
Sebaliknya, restu suami dan keluarga membangkitkan lebih keyakinan dalam dirinya seterusnya dijadikan kekuatan dalam membangunkan jenama sendiri.

“Mana mungkin saya mempersia-siakan kepercayaan keluarga dan peminat terhadap Ratu Ain. Alhamdulillah hingga kini sambutan terhadap jenama amat memberangsangkan,” katanya.
Mengulas mengenai pembabitan dirinya dalam dunia penuh glamor itu, Yuziani yang memiliki pengalaman dalam bidang percetakan berkata, idea berniaga itu sebenarnya hasil cetusan suami tercinta.
“Saya sudah lama dalam bidang percetakan, tetapi bila tiba-tiba terfikir ingin menyertai sektor perniagaan, suami pantas menyarankan saya membuka butik atau menjual tudung. Hal itu ada
betulnya sebab suami tengok saya jenis suka ambil gambar dan berfesyen. Suami pun teruslah memberi idea untuk saya tampil dengan jenama tudung sendiri,” katanya mengimbau kisah.
Lebih daripada itu, katanya dia juga memang suka mencuba gaya tudung baharu.
“Ramai kawan-kawan bertanya mana beli tudung dan bagaimana untuk menggayakannya. Maka, saya ambil peluang itu untuk keluarkan jenama sendiri dan mempromosikannya,” katanya.
KUALITI
Setiap rekaan hadir dengan keistimewaan yang tidak ada pada jenama lain. Sekiranya diamati, rekaan jenaman ini banyak bermain dengan motif alam seperti floral.
Sentuhan geometi menyuntik gaya moden dalam buah tangannya itu.
“Saya memang cerewet terutama soal kualiti kain. Sebagai pereka hijab, saya pastinya mahu semua wanita yang memakai Ratu Ain kelihatan anggun dan mampu menarik perhatian wanita lain. Itu adalah antara matlamat saya.
“Setiap koleksi kami hadir dengan empat pilihan rekaan dengan lima warna berbeza. Malah saya sendiri akan mengkaji trend tudung semasa dan Ratu Ain memiliki trademark sendiri.
“Itu penting kerana pembeli mahu kelihatan berbeza daripada pemakai hijab lain. Itu adalah antara kualiti yang saya mat jaga setiap kali mereka koleksi baharu,” jelasnya.
Dalam pada itu, Yuziain juga berkata, jenama Ratu Ain sebenarnya diilhamkan daripada namanya sendiri.
“Ain dan Ratu itu menggambarkan mahkota wanita yakni hijab. Malah pemilihan logo dengan huruf jawi itu juga bersesuaian dengan imej wanita muslimah,” katanya yang turut merancang membuka butik dan mengeluarkan koleksi Ready-Top-Wear tidak lama lagi.
Perancangan itu ada namun kita perlu juga mengkaji keadaan ekonomi dan industri fesyen negara,” katanya.
Dalam usaha membantu wanita lain dalam dunia perniagaan, Ratu Ain turut membuka peluang kepada masyarakat menjana pendatapan bersama jenama ini.
“Ini adalah antara misi saya memulakan jenama Ratu Ain. Sama-sama mencari rezeki dengan berniaga.
Peminat Ratu Ain boleh membeli hijab dengan corak eksklusif melalui pembelian atas talian di www. ratuain.com atau datang sendiri ke kiosk jenama itu di AEON AU2 Setiawangsa.










