Visualisasi di dalam pembikinan imej - Utusan Malaysia

Visualisasi di dalam pembikinan imej

Apabila subjek di hadapan anda, mulakan penghayatan dengan teknik bayangan rekaan imejan di dalam minda kemudian terjemahkan dengan teknik dan rekaan komposisi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seni melihat gambar itu perlu dipraktikkan secara kerap, ianya tidak akan dapat lahir dalam sekelip mata sahaja. Misi mustahil – ‘hari ini lahir, esok berlari’ jarang kali berlaku.

Untuk menjadi jurufoto yang baik, ia berlaku secara berperingkat dan perlu dipraktikkan.

Minggu ini kita akan kupas berkenaan ‘visualisasi’ dan bagaimana ia dapat membantu dalam pembikinan gambar.

Visualisasi adalah untuk membentuk imej atau konsep visual secara kompleks dengan melatih cara anda melihat sesuatu dengan penghayatan. Menurut Ansel Adam, istilah visualisasi merujuk kepada keseluruhan proses emosi – mental di dalam mereka gambar ia adalah salah satu konsep paling penting dalam fotografi.

Proses awalan visualisasi seorang jurufoto ini merupakan titik mula yang mengukur sama ada gambar itu berjaya atau disebaliknya.

Ini termasuk dengan memahami subjek serta tujuan dan mesej gambar itu diambil.

Setelah ada bayangan visual di dalam minda, barulah jurufoto boleh menterjemahkannya ke dalam sebuah visual fotografi.

Perkara asas perlu dipraktikkan jurufoto adalah dengan banyak melihat gambar rujukan. Ini secara langsung akan melatih mata dan minda jurufoto untuk proses adaptasi inspirasi karya kepada gaya tersendiri.

Terdapat banyak sumber rujukan boleh diukur bagaimana sebuah gambar itu direka. Ini termasuklah dengan mengkaji dari sudut teknikal serta komposisi dan penataan pencahayaan rekaan.

Apabila melihat subjek atau keadaan menarik, timbulkan persoalan apa yang menarik perhatian untuk merakam gambar tersebut? Nilainya atau apakah mood yang anda mahu dan yang hendak disampaikan?

Persoalan membantu anda mengembangkan idea dengan lebih jelas tentang hasil imejan tersebut.

Visualisasi merupakan proses separa sedar dalam imaginasi. Ia bukan sahaja berkaitan bagaimana subjek itu diambil, tetapi menyedari potensinya imejan ekspresif yang baik. Jadi tidak salah untuk jurufoto selalu mengimpikan gambar-gambar yang baik, kelak satu hari nanti detik itu akan muncul dan anda hanya perlu memacu butang kamera sahaja untuk mendapatkan hasilnya.

Ia percuma, jadi teruskan menjadi kreatif dengan kaedah visualisasi yang betul.

——–

Penulis merupakan bekas jurufoto Utusan Malaysia dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Fotomedia Kreatif, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×