Jualan kenderaan Mei susut 12 peratus

Jualan kenderaan Mei susut 12%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jualan kenderaan di Malaysia susut 12 peratus pada Mei kepada 49,603 unit berbanding 56,213 unit yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) lebih rendah itu berikutan bulan bekerja yang singkat kerana cuti perayaan Aidilfitri selain berdepan masalah kekurangan cip dan komponen serta gangguan kelewatan logistik.

Bagaimanapun katanya, TIV bagi April adalah 7.4 peratus lebih tinggi daripada tempoh sama 2021.

“Jualan kenderaan penumpang bagi Mei meningkat kepada 43,710 unit daripada 42,515 unit pada Mei 2021, manakala jualan kenderaan komersial naik kepada 5,893 unit berbanding 4,692 unit.

“Jumlah jualan untuk tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini sebanyak 265,656 unit, meningkat berbanding 247,250 unit yang dicapai dalam tempoh sama pada 2021,” menurut kenyataan itu.

Mengenai jumlah pengeluaran, MAA berkata, sebanyak 58,079 unit telah dikeluarkan pada November 2021, naik 5.9 peratus daripada 54,832 unit pada November 2020.

Daripada jumlah itu, sebanyak 45,518 unit adalah kenderaan penumpang berbanding Mei 2021 pada 40,173 unit manakala 3,636 unit adalah kenderaan komersial berbanding hanya 2,363 unit bagi pengeluaran Mei 2021.

Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 238,279 kenderaan penumpang dikeluarkan berbanding 223,526 unit dalam tempoh sama 2021 manakala 19,769 kenderaan komersial dihasilkan berbanding 17,486 unit sebelum ini.

“Prospek jualan pada Jun dijangka lebih baik daripada yang dicatatkan pada Mei lalu, didorong insentif pengecualian cukai jualan untuk pengguna membeli kenderaan penumpang yang akan tamat pada akhir Jun 2022 dan dorongan agresif untuk jualan oleh syarikat kereta

“Walau bagaimanapun, kekurangan cip dan komponen serta gangguan rantaian bekalan akan terus menjejaskan beberapa jenama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×