Tak boleh jumpa isteri, lelaki main akordion - Utusan Malaysia

Tak boleh jumpa isteri, lelaki main akordion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Akibat dihalang daripada menziarahi isterinya yang sakit,Stefano Bozzini, 81, mengambil keputusan menghiburkan isterinya dengan bermain akordion di tepi jalan di sebuah bandar di Emilia-Romagna di Utara Itali. 

Lapor CNN, video yang sangat menyentuh perasaan itu dirakam oleh orang ramai sebelum menjadi tular dalam media sosial. 

Isterinya, Carla Sacchi, 47, hanya mampu menyaksikan suaminya dari tingkap di tingkat dua Hospital Castel San Giovanni yang begitu asyik memainkan lagu-lagu cinta menerusi alat muzik tersebut. 

Sebagai permulaan, Bozzini memainkan akordion dengan lagu ‘Spanish Eyes’ oleh Engelburt Humperdinck sebelum memainkan lagi lagu-lagu kesukaan isterinya. 

Bozzini memakai jaket berwarna merah, seluar hijau, topi dan pelitup muka sambil menghentakkan kakinya ketika bermain akordion dan melambai tangan ke arah isterinya ketika di hujung persembahan. 

Hospital itu tidak merawat pesakit Covid-19 tetapi pelawat tidak dibenarkan memasuki bangunan kerana peraturan yang dikuatkuasakan bagi mencegah penularan wabak tersebut. 

Menurut agensi berita Itali, ANSA, Bozzini merupakan pesara tentera negara itu di infantri gunung Alpini dan pasangan itu berkahwin pada 1973. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×