Aplikasi perkahwinan tawar lebih 7,000 vendor - Utusan Malaysia

Aplikasi perkahwinan tawar lebih 7,000 vendor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pandemik Covid-19 bukan halangan dalam menganjurkan majlis perkahwinan.

Biarpun norma baharu membataskan jumlah undangan, persiapan termasuk baju pengantin, kad undangan dan jamuan makan tetap perlu disediakan seperti biasa.

Memahami kekangan keluar rumah mendapatkan vendor bagi menjayakan kenduri kahwin, aplikasi atas talian, WeddingMate tampil memudahkan urusan orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Shukri Adha berkata, aplikasi berkenaan bagaikan pusat sehenti, di mana ia menghimpun lebih 7,000 vendor perkahwinan dalam negara.

“Ada pemilik perniagaan kecil dari rumah sehinggalah ke hotel yang bertaraf lima bintang. Semua ini boleh dipilih dengan hanya ke aplikasi kami,” katanya.

Menurut laporan Jabatan Statistik Malaysia, lebih 200,000 pasangan berkahwin di seluruh negara setiap tahun.

Ini membuktikan industri perkahwinan di Malaysia adalah pasaran besar dengan nilai pendapatan lebih RM10 bilion setahun.

 

MOHD. SHUKRI ADHA

TEPAT PADA MASANYA

Justeru Mohd. Shukri yang juga pengasas WeddingMate menjelaskan, aplikasi itu sebagai tepat pada masanya dalam kerancakan era ekonomi digital di seluruh dunia.

“Hari ini kita dapat lihat kemunculan aplikasi dan platform seperti perkhidmatan, tempahan hotel, dan pencarian pekerjaan. Saya melihat ia sebagai peluang untuk kami memanfaatkan pasaran aplikasi, khususnya industri perkahwinan di Malaysia,” katanya.

Untuk vendor perkahwinan, WeddingMate ingin membantu mereka menyesuaikan diri dengan aliran aplikasi terkini.

“Diharap platform kami dapat memberi peluang kepada semua vendor mempromosikan perkhidmatan atau harga ditawarkan kepada pengguna.

“Pengguna boleh mengakses dengan mudah di platform yang menyediakan sistem carian teratur pada masa sama melihat semua profil vendor perkahwinan terdapat di sini.

Shukri berharap produk berkenaan bukan sahaja berupaya menjadi platform direktori dan promosi perkahwinan, tetapi pada masa sama memberi impak atau nafas baharu dalam industri perkahwinan di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×