KOMUNIKASI bermula daripada diri.Dalam psikologi ia disebut komunikasi intrapersonal. Apa sahaja berlaku dalam kehidupan, tingkah laku, corak fikir, perasaan sebenarnya berteraskan komunikasi dalaman.
Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata, jika ingin mengubah tingkah laku, perkara utama perlu diubah adalah pemikiran dan fikiran itu akan menterjemahkan lisan.
“Jika hati dan fikiran baik, maka setiap dituturkan itu juga akan baik. Jadi, yang berteraskan kebaikan ini akhirnya kesan dan impaknya juga akan baik. Sangat signifikan dalam kehidupan kita iaitu komunikasi di tempat kerja. Terdapat komunikasi yang boleh dilakukan dan apa juga tidak boleh dilakukan. Asas-asas komunikasi ini penting untuk terapkan dalam kehidupan,” katanya.
Berdamai dengan krisis
Berdamai dengan krisis, membantu kita menyantuni emosi dan perasaan. Ia membolehkan kita boleh mengawal setiap tingkah laku. Perlu ingat keadaan hari ini, kita sudah terbiasa dengan ledakan komunikasi. Impaknya sangat besar sama ada baik atau tidak baik bergantung kepada bagaimana cara kita menguruskannya.
Medium komunikasi secara tidak langsung, lisan dan bukan lisan ini termasuk dari segi mengutarakan pandangan dan komen di media sosial. Itu juga sebenarnya yang kita paparkan memberi tamaran hebat kepada diri sendiri sebenarnya.
Adil pada diri
Apabila kita berdamai dengan krisis kita akan adil dengan diri sendiri. Apabila kita bergaul dengan orang-orang tertentu maka beri kesan psikologi kepada kita termasuk aura dalaman. Berfikiran positif dan yakin sebenarnya datang daripada dalaman.
Sama juga dengan kehidupan, apabila berada di satu sesi yang tidak betul atau tempat yang salah, orang yang salah maka kefungsian juga salah. Tanggungjawab diberikan itu tidak tepat dengan kemahiran, minat dan kepakaran.
Maka seseorang individu itu tidak berfungsi sepenuhnya. Yang bagus jadi tidak bagus. Wujud judgement atau penghakiman oleh individu lain di situ dan timbul komunikasi yang tidak elok.
Seterusnya, akan ada rumors dan stigma yang datang. Inilah perkara biasa manusia akan melihat luaran dahulu.
Jadi, komunikasi yang efektif sangat penting dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di tempat kerja. Cara ini akan mempengaruhi sikap, menghasilkan hubungan sosial yang lebih baik, memberi tindakan nyata, menyampaikan informasi dan menghasilkan pengertian serta keharmonian.










