Tengku Zafrul ahli UMNO sebelum menteri

Tengku Zafrul ahli UMNO sebelum jadi menteri

Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah ahli UMNO sebelum beliau menjawat jawatan menteri.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

“Ya, saya mengesahkan yang Zafrul adalah ahli UMNO, bukan benda baharu. Dia dah jadi ahli UMNO sejak dulu lagi, sejak belum jadi menteri lagi,” katanya.
Namun Ahmad tidak mengetahui lokasi kawasan Parlimen Tengku Zafrul menjadi ahli UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, me­nurut Ahmad, salah seorang keluarga Tengku Zafrul merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai.

Zafrul adalah seorang ahli Dewan Negara yang pada mulanya dilantik sebagai Menteri Kewa­ngan sewaktu pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020.

Perkhidmatan beliau diteruskan sehingga hari ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Men­teri ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagi meneruskan kariernya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Zafrul dikhabarkan ingin mencari tapak untuk mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi calon di mana-mana kawasan Parlimen, terma­suk di Lembah Pantai.

Membuktikan perkara itu, Zafrul pada 11 Julai tahun lalu dilihat di sebuah masjid di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur untuk mengagihkan bantuan.

Bagaimanapun, ke­gia­tan menteri kewangan itu baru-baru ini ‘dihidu’ turun di Kuala Selangor yang didakwa sebagai mengintai peluang untuk bertanding pada PRU15.

Baru-baru ini Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, sanggup ‘mengorbankan’ dirinya untuk memberi laluan kepada individu lain bertanding di kawasan parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengintai

Individu tersebut adalah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul yang dikatakan sedang mengintai beberapa kerusi parlimen untuk ditandingi pada PRU15.

Katanya, keputusan itu adalah mengambil kepentingan parti dengan meletakkan calon yang benar-benar boleh menang, bukan hanya mementingkan diri semata-mata.

“Saya memang secara terbuka kali ini untuk menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon parlimen, calon dan akan menang di parlimen. Tetapi saya bermuhasabah diri, seperti saya katakan tadi keputusan meletakkan calon adalah hak mutlak pucuk pimpinan parti. Jadi jangan hanya merebut untuk menjadi calon, tetapi yang penting adalah mesti menang. Itu yang mustahak.

“Jadi, saya hanya memikirkan kalau ikut percaturan, parti boleh melihat Tengku Zafrul boleh menang dan bukan semestinya di Sungai Besar, contohnya di kawasan Selangor atau lain-lain. Kenapa tidak kalau di Sungai Besar, nama saya tidak boleh menang, jadi bagilah kepada orang yang boleh menang,” katanya pada sidang media semalam.

Ketika ditanya adakah ‘penawaran’ ini sudah dibincang bersama Tengku Zafrul, Jamal berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan, namun dilihat secara fizikal, ia menunjukkan yang Tengku Zafrul berminat untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar.

“Belum lagi, kalau dilihat dari segi body language, saya lihat kekerapan beliau turun ke Selangor dan mengadakan program-program , dan saya juga melihat beliau beberapa kali bersama dengan Tan Sri Noh. Jadi beliau mungkin sudah ada persefahaman di peringkat atas.

“Kita di bawah ini perlulah memberikan sokongan dan akhirnya nanti, terserah kepada pucuk pimpinan parti atau kita lihat prestasi yang bagaimana Tengku Zafrul persembahkan kepada pengundi-pengundi di Selangor.

Pada 11 Julai tahun lalu, Zafrul kelihatan di sebuah masjid di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur untuk mengagihkan bantuan sekali gus tindakan itu dipersoal ahli parlimen pembangkang, adakah ia sebagai persiapan menuju PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×