CTOS Digital lancar Insurans Kereta CTOS

CTOS perkenal perkhidmatan Insurans Kereta CTOS

ERIC HAMBURGER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CTOS Digital Berhad melalui anak syarikatnya, CTOS IDS Sdn. Bhd., akan memperluaskan rangkaian perkhidmatan dengan pelancaran Insurans Kereta CTOS, sebuah platform dalam talian untuk pembaharuan insurans kereta dan cukai jalan, dengan kerjasama PolicyStreet.com.

PolicyStreet.com dikendalikan oleh Polisea Sdn Bhd, syarikat teknologi insurans yang misinya adalah untuk mendemokrasikan insurans dengan menjadikannya ringkas, mudah dan berpatutan.

Kereta CTOS menyediakan peluang yang pantas dan bebas kerumitan untuk membuat perbandingan harga polisi daripada lebih 10 pembekal insurans dalam masa beberapa minit, sekali gus membolehkan pengguna menemukan tawaran terbaik dalam pasaran.

“Dengan membandingkan sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans, pengguna boleh mendapatkan penjimatan bernilai sehingga RM1,000 daripada tawaran semasa mereka,” jelas syarikat itu dalam kenyataan.

Pelancaran perkhidmatan baharu itu juga menawarkan beberapa manfaat tambahan.

Pengguna yang berjaya memperbaharui atau membeli insurans mereka melalui platform baharu ini akan mendapat Laporan Skor MyCTOS secara percuma untuk terus memantau kesihatan kredit mereka, katanya.

Mengulas perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital, Eric Hamburger berkata, memacu transformasi digital negara adalah satu daripada objektif perniagaan utama syarikat.

“Sebuah pusat sehenti untuk mendapatkan polisi insurans dan cukai jalan akan menjimatkan masa, menyediakan lebih banyak pilihan, dan akhirnya, membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih termaklum.

“Insurans Kereta CTOS menggambarkan bagaimana kami memfokuskan usaha perkongsian kami bagi menawarkan penyelesaian digital hujung-ke-hujung kepada pengguna dalam industri yang semakin pelbagai.

“Selain itu, dari masa ke masa, kami berharap agar dapat menawarkan lebih banyak nilai dengan mengambil kira skor kredit bagi membentangkan harga yang lebih baik kepada pengguna, sejajar dengan proses nyahtarif insurans motor yang dimulakan oleh Bank Negara pada tahun 2016,” jelas beliau.

Pengasas Bersama PolicyStreet.com, Wilson Beh pula berkata, perkongsian strategik antara CTOS dan syarikat teknologi insurans adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan CTOS dan percaya bahawa kerjasama ini akan membuka jalan kepada perlindungan insurans yang lebih inovatif, disesuaikan serta inklusif, memanfaatkan skor kredit dan data besar untuk semua rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×