Tesla Inc. menghentikan pengeluaran di kilangnya di Shanghai

Masalah bekalan, Tesla henti pengeluaran di Shanghai

kejayaan tersebut menetapkan rekod baharu untuk kilang Tesla di Shanghai sejak permulaan pengeluaran pada Disember 2019 dan mendahului rekod jualan sebelumnya sebanyak 78,906 unit pada Jun ekoran pengeluar kereta AS itu terus melabur dalam pengeluaran China. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Tesla Inc. menghentikan pengeluaran di kilang Shanghainya pada Isnin kerana masalah bekalan, menurut sumber.

Penggantungan itu dibuat hanya tiga minggu selepas pembuat kereta Amerika Syarikat (AS) itu menyambung sebahagian pengeluaran di kilang Shanghai pada 19 April berikutan penutupan 22 hari wabak Covid-19 di bandar itu, mencerminkan kerumitan dan ketidakpastian untuk mengekalkan pengeluaran semasa China memerangi wabak tersebut.

Menurut sumber, mereka tidak pasti bila isu bekalan boleh diselesaikan dan bila Tesla boleh menyambung semula pengeluaran.

“Shanghai kini berada dalam minggu keenam penutupannya. Antara pembekal Tesla yang menghadapi masalah ialah pembuat abah-abah wayar, Aptiv yang terpaksa menghentikan penghantaran bekalan dari kilang yang membekalkan Tesla dan General Motors selepas jangkitan ditemui dalam kalangan pekerjanya,” katanya.

Tesla tidak segera menjawab pertanyaan itu.

Syarikat itu menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran di kilang Shanghainya kepada 2,600 kereta sehari mulai 16 Mei, kerana mahu memulihkan pengeluaran ke tahap sebelum penutupan, lapor Reuters.

Gangguan kilang Tesla di Shanghai telah menjadi salah satu kesan profil tertinggi daripada langkah China untuk mengawal wabak Covid-19 yang turut menyekat penggunaan, termasuk jualan kenderaan.

Persatuan kereta China pada minggu lalu berkata, mereka menganggarkan jualan kereta di China merosot 48 peratus pada April apabila sekatan sifar Co­vid-19 menutup kilang, mengehadkan trafik ke bilik pameran kereta dan menghentikan perbelanjaan.

Pihak berkuasa Shanghai telah mengetatkan sekatan di seluruh bandar yang dikenakan lebih sebulan lalu di hab komersial dengan populasi 25 juta, satu langkah yang boleh memanjangkan sekatan perjalanan sepanjang bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×