Affin Bank dapat kelulusan MoF lupuskan kepentingan dalam AALI, AAGI

Affin Bank dapat kelulusan MoF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Affin Bank Bhd. telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MoF) untuk melupuskan kepentingannya masing-masing 21 peratus dalam AXA Affin Life Insurance Bhd (AALI) dan 2.95 peratus dalam AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) kepada Generali Asia NV.

Affin Bank pada masa ini memiliki pegangan 51 peratus dalam AALI dan 49.95 peratus dalam AAGI.

Dalam satu kenyataan, Affin Bank berkata, ia akan memeterai perjanjian penjualan saham dengan Generali Asia untuk pelupusan AALI dan AAGI, tertakluk kepada syarats-syarat di bawah perjanjian pelaksanaan dan pengumuman lanjut akan dibuat sewajarnya.

Affin Bank dan Generali pada 22 Jun tahun lalu telah menandatangani perjanjian pelaksanaan untuk pelupusan AALI dan AAGI.

“Affin Bank juga telah bersetuju untuk perniagaan insurans am AAGI dan MPI Generali Insurans Bhd. (MPIG) digabungkan di bawah AAGI di mana AAGI akan memperoleh aset dan liabiliti tertentu MPIG melalui pemindahan perniagaan untuk mewujudkan syarikat yang diperbesarkan, tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM),” jelasnya.

Berikutan itu, katanya, sebuah syarikat tempatan baharu (Newco) akan diperbadankan untuk memegang semua saham dalam AALI dan AAGI (MergeCo).

Menurut kenyataan itu lagi, Affin Bank, akan memegang 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Newco, dengan Generali memegang baki 70 peratus.

Affin Bank telah dikehendaki oleh BNM untuk membuat penyerahan yang diperlukan untuk pegangan sahamnya dalam Newco kepada Bank Pusat dalam tempoh sebulan mulai 6 Mei 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, Kumpulan melihat peluang pertumbuhan sinergistik untuk AAGI dan AALI dengan usaha sama dengan Generali.

“(Kumpulan juga melihat) keupayaan untuk meningkatkan penyelesaian kewangan dan penawaran produk kami kepada pelanggan kami melalui perkongsian bankasurans masa depan dengan Generali,” katanya.

Setakat 11.30 pagi semalam, harga saham Affin Bank meningkat dua sen atau 0.96% kepada RM2.10, menjadikan permodalan pasaran sebanyak RM4.46 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×