Kos penghalang kepada kecekapan tenaga di Malaysia

Kos penghalang kepada kecekapan tenaga di Malaysia

Kos yang tinggi dikatakan menjadi penghalang kepada syarikat di Malaysia untuk melabur dalam tenaga bersih dan cekap. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kaji selidik kecekapan tenaga yang dikendalikan oleh ABB mendapati, hampir 50 peratus daripada 100 pemain industri yang memberi respons, mendedahkan rancangan mereka untuk mencapai sifar bersih dalam tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, hanya 23 peratus responden menyatakan mereka mungkin membuat peningkatan kecekapan tenaga pada tahun ini.

“Walaupun 50 peratus melihat kos sebagai penghalang utama, 70 peratus mengatakan penjimatan kos sebagai penyebab utama untuk melabur,” jelas syarikat teknologi itu dalam satu kenyataan.

Kajian global yang dijalankan oleh Sapio Research menyasarkan 2,294 syarikat di 13 negara termasuk Malaysia, melibatkan antara 500 hingga 5,000 pekerja.

Naib Presiden Kanan ABB Motion Asia, R. Narayanan berkata, Malaysia telah menetapkan sasaran yang bercita-cita tinggi untuk mencapai neutral karbon seawal 2050.

“Walaupun ketidakstabilan yang mengelilingi pemulihan wabak menunjukkan jalan yang mencabar, senario semasa juga memberikan peluang unik bagi kita untuk mengkalibrasi semula dan mempertimbangkan semula kepentingan kecekapan tenaga. Kembali ke perniagaan seperti biasa bukan lagi pilihan,” katanya.

Menurut ABB berdasarkan kajian itu, pengajaran penting dari Malaysia ialah, hanya 38 peratus responden merasakan bahawa mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai langkah-langkah kecekapan tenaga.

Selain itu katanya, walaupun sebagai sektor yang bertanggungjawab untuk pelepasan karbon dioksida (CO2) yang ketara, sektor pengangkutan didapati ketinggalan dari segi peningkatan penggunaan tenaga berbanding perkilangan dan fasiliti yang merangkumi pengurusan bangunan, bidang Penyejukan dan Sistem Penyaman Udara (HVAC) dan pencahayaan.

“Tekanan daripada pelabur, pelanggan dan pengawal selia dinilai sebagai pertimbangan yang kurang penting apabila membuat keputusan pelaburan mengenai kecekapan tenaga,” jelasnya.

ABB adalah syarikat teknologi global terkemuka yang memberi tenaga kepada transformasi masyarakat dan industri untuk mencapai masa depan yang lebih produktif dan mampan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×