Kemerosotan prestasi Bursa Malaysia tidak berterusan

Kemerosotan prestasi Bursa Malaysia tidak berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penganalisis ekonomi melihat kemerosotan untung bersih Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) tidak akan berterusan.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, perbandingan prestasi Bursa Malaysia dibandingkan antara dua suasana ekonomi yang amat berbeza iaitu semasa 2021 yang penuh dengan ketidaktentuan dan 2022 yang sudah mula menunjukkan pertumbuhan positif.

“Semasa 2021, banyak berlaku pergerakan saham akibat ketidaktentuan tersebut. Namun untuk beberapa suku akan datang pergerakan saham akan kembali aktif disebabkan pembukaan ekonomi dan tiada lagi sekatan perjalanan.

“Itu akan menyaksikan perniagaan mula meningkatkan hasil dan pendapatan masing-masing terutamanya yang melibatkan komoditi, teknologi dan perkhidmatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengulangi saranan ‘beli’ terhadap Bursa Malaysia Berhad dengan harga sasaran pada RM7.95 sesaham memandangkan ia akan meraih manfaat daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Menurut firma itu, walaupun prestasi kewangannya pada suku pertama kurang memuaskan, tetapi bahang pilihan raya akan memberi impak positif kepada nilai purata dagangan harian (ADTV).

“Setakat 27 April 2022, ASTV mencecah RM2.50 bilion, menyamai anggaran dibuatnya sebelum itu bagi tahun kewangan 2022 sebanyak RM2.48 bilion.

“Kami menjangkakan ia akan terus meningkat pada separuh kedua ini, dijana oleh dagangan yang meningkat sekitar PRU akan datang, yang kami pertaruhkan berlaku antara Ogos hingga Oktober (selepas tamatnya MoU tetapi sebelum monsun Pantai Timur).

“Dengan meningkatnya kemungkinan pilihan raya lebih awal, kami percaya pelabur akan mula ‘memancing’ di Bursa Malaysia,” katanya.

Dalam laporan kewangan yang diumumkan kelmarin, untung bersih Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) merosot 44 peratus kepada RM68 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 daripada RM121.4 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Penurunan itu disebabkan hasil operasi yang lebih rendah pada suku berkenaan, susut 29.4 peratus kepada RM161 juta berbanding RM228 juta bagi tempoh sama 2021, berikutan pengurangan hasil dagangan sekuriti.

Pendapatan bagi tempoh itu juga menurun kepada RM165.3 juta daripada RM232.28 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×