SINGAPURA: Niaga hadapan gandum Chicago meningkat pada Selasa berikutan kemerosotan tanaman apabila Amerika Syarikat (AS) menghampiri musim sejuk sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan global, yang telahpun terjadi selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine.
Harga jagung meningkat untuk sesi kedua kerana permulaan yang perlahan untuk penanaman AS menyokong harga.
Kontrak gandum paling aktif di Chicago Board of Trade (CBOT) naik 0.8 peratus pada AS$10.81 (RM47.08) untuk 900 gram manakala jagung meningkat 0.3 peratus kepada AS$8 (RM34.79) setiap 1.8 kilogram (kg) dan kacang soya tidak berganjak pada AS$16.75 (RM72.85) setiap 900 gram.
Jabatan Pertanian AS (USDA) pada Isnin menilai 27 peratus gandum musim sejuk AS dalam keadaan baik hingga cemerlang, turun tiga mata peratusan daripada seminggu lalu dan terendah untuk tahun ini sejak 1989, kerana kemarau berterusan di dataran gandum.
Angka itu juga jatuh di bawah paras terendah dalam julat jangkaan penganalisis.
Seramai 12 penganalisis yang ditinjau oleh Reuters secara purata menjangkakan kerajaan akan menilai 30 peratus daripada tanaman itu sebagai baik ke cemerlang, dengan anggaran antara 28 peratus hingga 34 peratus.
Di Midwest AS, keadaan sejuk dan basah melambatkan penanaman jagung dan kacang soya.
USDA berkata, tanaman jagung AS adalah tujuh peratus benih pada Ahad, di bawah anggaran purata penganalisis sebanyak sembilan peratus dan purata lima tahun sebanyak 15 peratus.
Penanaman kacang soya AS adalah tiga peratus siap, sepadan dengan jangkaan perdagangan tetapi di belakang purata lima tahun sebanyak lima peratus.
Kementerian Pertanian Indonesia berkata, penghantaran minyak sawit mentah akan dikecualikan daripada larangan eksport minyak sawit yang dirancang, menurut salinan surat rasmi yang dihantar kepada pemimpin kerajaan tempatan.
Walaupun pengecualian minyak sawit mentah daripada sekatan eksport akan menjadi positif untuk pasaran global, majoriti eksport sawit Indonesia adalah dalam bentuk minyak diproses yang kekal terjejas oleh larangan tersebut.
Dana komoditi adalah penjual bersih kontrak hadapan kacang soya, gandum, kacang soya dan soya CBOT pada Isnin dan pembeli bersih niaga hadapan jagung.
Saham Eropah merosot ke paras terendah sebulan dan harga komoditi jatuh pada Isnin berikutan kebimbangan baharu tentang kenaikan kadar faedah dan ekonomi China yang meruncing, manakala saham Wall Street meningkat, membalikkan kerugian selepas Twitter bersetuju untuk dibeli oleh jutawan Elon Musk. – AGENSI










