Inflasi Mac 2022 kekal 2.2%, dengan inflasi makanan mening­kat 4.0%

Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus

Inflasi teras mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, tidak termasuk makanan segar yang harganya tidak menentu. – GAMBAR HASAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inflasi Malaysia pada Mac 2022 kekal 2.2 peratus, dengan inflasi makanan mening­kat 4.0 peratus, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), semalam.

Menurut DOSM, kadar itu merupakan peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu, daripada 122.9 kepada 125.6, melepasi purata inflasi Januari 2011 hingga Mac 2022 pada kadar 1.9 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan inflasi keseluruhan telah didorong terutamanya oleh kenaikan dalam kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (4.0%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Katanya, ia diikuti oleh Hia­san, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah meningkat (3.0%); Restoran & Hotel (2.9%) dan Pengangkutan (2.6%).

“Dalam masa yang sama, Pelbagai Barangan & Perkhidmatan meningkat sebanyak 1.9 peratus manakala Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan meningkat 1.1 peratus.

“Kedua-kedua Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api lain dan Pendidikan masing-masing mencatatkan peningkatan 0.9 peratus, manakala Minuman Alkohol & Tembakau dan Kesihatan masing-masing mencatatkan peningkatan marginal 0.5 peratus dan 0.2 peratus.

“Komunikasi kekal tidak berubah, manakala Pakaian & Kasut menurun 0.3 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Mac 2022.

Mohd. Uzir menjelaskan, kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP, kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.

Peningkatan 4.0 peratus bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol sebahagian besarnya berpunca dari kenaikan ketara komponen Makanan Di Rumah yang meningkat 4.3 peratus berbanding 4.1 peratus yang dicatatkan pada Februari 2022.

Jelasnya, subkumpulan Da­ging terus menjadi penyumbang utama dalam kenaikan kumpulan ini dengan peningkatan sebanyak 7.6 peratus. Ayam yang merupakan penyumbang utama kepada subkumpulan Daging meningkat kepada 10.5 peratus manakala Daging lembu mening­kat 4.3 peratus pada Mac 2022. Namun, peningkatan bagi subkumpulan Daging itu lebih perlahan berbanding Februari 2022 (9.0%).

Mohd. Uzir memberitahu, inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 mening­kat 2.2 peratus daripada 123.5 peratus pada Mac 2021 kepada 126.2 peratus pada Mac 2022, disumbangkan oleh Kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol 4.2 peratus, 0.2 mata peratus lebih tinggi daripada kumpulan yang sama dalam inflasi keseluruhan.

“Peningkatan adalah daripada subkumpulan Susu, Keju & Telur (7.7%), diikuti oleh Daging (7.5%); Minyak & Lemak (4.9%) dan Sayur-sayuran (4.5%). Inflasi Restoran & Hotel juga meningkat 3.1 peratus diikuti inflasi Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (2.4%) dan Pengangkutan (1.8%),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×