Watsons tawar ganjaran hadiah bernilai RM3 juta

Watsons tawar ganjaran `luar biasa’ bernilai RM3 juta

Majlis pelancaran kempen Gaya Raya Luar Biasa Watsons, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Watsons menawarkan ganjaran hadiah bernilai RM3 juta termasuk Myvi 1.3G dan jualan sehingga 50 peratus di seluruh negara menerusi kempen Gaya Raya Luar Biasa bermula 5 April hingga 9 Mei ini.

Dengan tema futuristik yang menyeronokkan, filem kempen raya kali ini membawa kelainan luar biasa bagi para penonton dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan keunikan sesama sendiri.

Filem raya itu menampilkan barisan selebriti tempatan diterajui oleh duta Watsons, Ayda Jebat bersama Dato Jalaludin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Nabil Mahir, Jinnyboy dan DOLLA. Filem itu telah dilancarkan pada 14 April lalu di laman rasmi Facebook, YouTube dan Instagram Watsons Malaysia.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, inspirasi dan tema di sebalik filem yang bermakna dan menghiburkan itu adalah untuk mengingatkan semua orang untuk mempercayai diri sendiri, dan mereka luar biasa tidak kira di mana mereka berada.

“Tahun ini, sementara negara kita beralih ke fasa endamik, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya yang luar biasa kepada semua rakyat Malaysia, semoga ikatan kekeluargaan dapat dihidupkan semula di musim perayaan ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh berkata, sempena sambutan Hari Raya, Watsons menawarkan diskaun sehingga 50 peratus di kedai dan dalam talian.

Kata beliau, ahli akan mendapat layanan luar biasa untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM3 juta termasuk sebuah Perodua Myvi 1.3 G serba baharu, telefon pintar dan aksesori OPPO dan baucar Watsons untuk membeli-belah.

Tambahnya, pembeli juga boleh menikmati diskaun tambahan RM10 dengan pembelian RM100 dengan GrabPay serta baucar jenama tambahan bernilai lebih daripada RM260 dalam simpanan.

“Bagi ahli, Watsons juga memberikan paket dan baucar Raya eksklusif bernilai RM5000. Menambah sambutan Hari Raya yang luar biasa ialah Koleksi Raya Eksklusif dengan diskaun sehingga 50 peratus dengan periuk memasak seramik aluminium edisi terhad, porselin hidangan kaserol, pinggan porselin 2 tingkat dan banyak lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×