Lazada Malaysia, Jabatan Pembangunan Wanita jalin kerjasama

Lazada Malaysia, KPWKM perkasa usahawan wanita

Majlis pelancaran LAZEMPOWER yang membolehkan usahawan wanita memanfaatkan pertumbuhan industri edagang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lazada Malaysia menjalin kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memperkasa usahawan wanita tempatan terutamanya dari golongan B40.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan keterangkuman penyertaan wanita dalam ekonomi digital.

Melalui LAZEMPOWER, usahawan wanita boleh memanfaatkan pertumbuhan industri edagang dan mengembangkan perniagaan mereka dalam talian.

Matlamat utama LAZEMPOWER adalah untuk meningkatkan penggunaan digital dalam kalangan wanita dengan mengasah minat mereka sama ada untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka di platform e-dagang seperti Lazada.

Melalui siri tiga bengkel LAZEMPOWER, yang akan memberi tumpuan kepada pengurusan perniagaan, komunikasi digital dan pembangunan peribadi, program itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 500 orang peserta daripada organisasi yang memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Antaranya ialah, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor, Rumah Perlindungan Wanita Zon Tengah, Ahli Skuad Waja, Persatuan Ibu Bestari Selangor (PIBS), All Women Empowerment Accelerate (AWETA), Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM), Malaysian Chambers of Entrepreneurs’ Business Development (MCED), dan Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti Daerah Gombak, Selangor.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, KPWKM, Norshahidawati Abdullah berkata, era digital telah membawa lebih banyak peluang untuk wanita berkembang maju dalam perniagaan.

“KPWKM mengiktiraf sumbangan dan peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam ekonomi negara.

“Melalui kerjasama strategik dengan Lazada Malaysia, kami berharap dapat memberi inspirasi untuk bertindak dan membantu mereka berjaya dalam perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Magnus Ekbom berkata, memandangkan ekonomi negara terus pulih, wanita memainkan peranan penting dalam membina semula dan mengukuhkan ekonomi tempatan sama ada sebagai pemilik perniagaan, atau sebagai sebahagian daripada tenaga kerja industri yang meluas.

“Matlamat inisiatif itu adalah untuk meningkatkan kehidupan mereka dengan menyediakan laluan kepada untuk meraih sumber pendapatan, supaya mereka boleh menambah baik kemahiran, alat praktikal dan motivasi untuk berjaya,” katanya.

LAZEMPOWER telah dilancarkan oleh Norshahidawati pada 31 Mac lalu di Me.REKA di Publika. Pelancaran itu turut merasmikan Bengkel Bersiri LAZEMPOWER yang dikendalikan oleh Jurulatih Lazada, Kong Wai Theng dari Big Care Mart.

Melangkah ke hadapan untuk suku kedua tahun ini, Lazada akan terus melabur dalam menyokong usahawan tempatan sambil menambah nilai kepada segmen komuniti yang berbeza dan membina ekosistem e-dagang yang lebih kukuh dengan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi digital negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×