Kontena Nasional telah memperoleh 30 penggerak utama daripada Volvo

Kontena Nasional perkukuh armada logistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perintis industri logistik negara, Kontena Nasional Berhad (Kontena Nasional), anak syarikat milik penuh MMC Corporation Berhad (MMC), telah memperoleh 30 penggerak utama Volvo FM440 6×2 T RAS daripada Volvo Trucks Malaysia.

Majlis penyerahan itu diadakan di pengedar Volvo Trucks Malaysia di Pelabuhan Klang pada 29 Mac lalu.

Sebanyak 20 unit pertama daripada 30 penggerak utama itu telah dihantar, dengan bakinya dijangka tiba pada akhir April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kontena Nasional, Nik Muzani Nik Abd. Aziz berkata, trak itu sebahagian daripada rancangan pengembangan perniagaan syarikat ke arah mencapai kecemerlangan logistik dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.

“Ia juga akan menyokong kesediaan armada kami untuk jangkauan pasaran yang lebih besar dan baharu,” katanya dalam kenyataan.

Sejak penubuhannya pada 1971 semasa kontena diper­kenalkan buat pertama kali di negara ini, Kontena Nasional telah mengembangkan perniagaan pengangkutan kontena terasnya termasuk penghantaran kargo antarabangsa, pergudangan, pengedaran, pe­nyelesaian rantaian bekalan dan halal logistik, selaras de­ngan visinya untuk menjadi penyelesaian pembekal rantaian bekalan utama Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×