Tiada siasatan baharu terhadap Dr. Mahathir - PDRM

Tiada siasatan baharu terhadap Dr. Mahathir – PDRM

Dr. Mahathir
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada siasatan baharu akan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, ia sekali gus menafikan laporan beberapa portal berhubung isu itu.

“Kali terakhir bekas Perdana Menteri dipanggil polis pada 23 Mac lalu bagi membantu siasatan kes terbitan buku bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku dihasilkan Tommy berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Terdahulu, Mahathir mendakwa dirinya bakal disiasat, namun tidak mendedahkan perkara tersebut secara terperinci. 

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataannya semalam.

Sebelum itu, Mahathir menyatakan kehairanannya apabila rakyat Malaysia tidak marah terhadap Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, kedua-dua nama tersebut adalah antara  yang disebut berkali-kali sebagai terlibat dengan kes 1 Malaysia Development Bhd. (1MDB). –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN