Vakum robotik terbaharu yang lebih canggih - Utusan Malaysia

Vakum robotik terbaharu yang lebih canggih

DEEBOT X1 Family merupakan robot pembersih serbaguna .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama robotik terkemuka, ECOVACS melancarkan robot vakum terbaharunya, DEEBOT X1 Family yang merupakan robot pembersih serbaguna pertama dalam industri.

Inovasi terbaharu itu didatangkan dalam dua produk utama iaitu EEBOT X1 OMNI dan DEEBOT X1 TURBO yang menampilkan kuasa sedutan sehingga 5000Pa, teknologi AIVI 3D dan TrueMapping 2.0 terkini.

Ia juga menyasarkan pembersihan secara optimum dan sistematik melalui pembantu suara interaktif AI bahasa semula jadi pertama dalam industri, YIKO selain reka bentuk elegan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi rekaan OMNI, ia bukan sahaja berupaya mengemop, vakum dan menyapu lantai, malah ia juga mampu membasuh dan mengeringkan pad mop selain dapat mengumpul lebih banyak habuk menggunakan pangkalan sistem baharu.

Sistem pangkalan yang juga dikenali sebagai stesen OMNI, menggabungkan fungsi pengumpulan habuk automatik, membersihkan mop, mengisi semula air dan pengeringan udara panas.

Stesen pangkalan OMNI serba lengkap mempunyai tangki air bersih dan kotor 4 liter (L) untuk menyimpan dan mengitar semula sisa air secara automatik selepas membersihkan pad mop dan mengisi semula tangki air dengan air bersih.

DEEBOT X1 pula menjadikan stesen pembersihan berfungsi dengan lebih baik.

Selepas setiap pusingan pembersihan, stesen pangkalan secara automatik mencuci pad mop dan mengeringkannya menggunakan udara sejuk untuk menghilangkan bau apabila bekerja dalam persekitaran lembap.

Kedua-dua sistem berkenaan juga didatangkan dengan sistem mop terkuat sehingga 180 putaran seminit untuk membolehkan ia membersihkan kotoran degil dengan lebih efisien.

Penambahan teknologi AIVI 3D serba baharu pula mampu meningkatkan sensitiviti robot terhadap persekitaran menggunakan teknologi laser dan penderiaan visual lebih ketara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini